Masa kat Bandar Enstek I pergi ler lepak lepak dimana car booth sale dibuat....masa tu I pegi waktu malam ...nak cari long suit terpakai sebab cadang I nak gi tour....nak beli baju long suit baru bukannya murah....kalau tak ada RM200.00 jangan dekat...kalau beli yang mahal pun nak pakai dalam beberapa hari jer...bukan nyer nak gi tour sebulan sekali....kalau macam tu berbaloi jugak la
Ronda punya ronda jumpa lah pulak yang berkenan di hati...I dok ingatkan harga nya paling kurang RM50.00...bila tanya harganya RM10.00...ish mana nak dapat...I pun grab ler 2 pasang...jadi ler asal tak kesejukan nanti
Macam ni suasana car booth yang I pegi di Bandar Enstek. Macam macam jualan terdapat disana....dari makanan, pakaian, barangan antik dan macam macam lagi yang tidak dapat I bayangkan......memang satu pengalaman yang baru.....bagi I.....memang best....part yang paling I dapat apa yang i nak.....murah pulak.....
Memang berbaloi la......
TEMPAT MELAWAT, MAKANAN HARGA BERBALOI DAN SEDAP DAN TEMPAT TINGGAL HARGA BERPATUTUAN DAN SELESA
Monday, 26 February 2018
Saturday, 24 February 2018
Perubatan Homeopati (Homeo D'Medizine)
Mesti uolls pelik entri I kali ni tetiba jer I story pasal Perubatan Homeopati....nama lagi Sembang Santai kan ....dalam masa yang sama memberi informasi....Mana lah tahu kot kot entri I ni dapat membantu uolls ker...
Al kisahnya nya adik kawan I ni dia ni seorang anggota polis dia pernah ditikam semasa menjalankan tugas...cederanya amat parah dan kritikal pada masa itu....tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan beliau dapat diselamatkan.... setelah mendapat cuti selama sebulan beliau berkhidmat kembali seperti biasa tetapi mendapat surat light duty dari doktor so dia dapat berehat sepenuhnya.....TETAPI...
Selang beberapa bulan selepas itu beliau mengalami komplikasi sukar untuk membuang air kecil. Setiap kali mengalami masaalah tersebut, beliau akan pergi ke Klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan. Apabila diberi ubat beliau lega untuk jangka masa yang singkat. Perkara ini berterusan hingga setahun lebih.
Kemudian rezeki menyebelahi beliau. Beliau telah dinaikan pangkat, jadi.... sebagai anggota beliau perlu menjalani kursus. Dalam masa latihan itu lah beliau mengalami kesakitan yang serius. Beliau tidak boleh membuang air kecil secara normal dan kencing nya tidak boleh dikawal dan ianya sering menitis.
Beliau telah dibawa ke Hospital Swasta kerana tidak mampu untuk menahan kesakitan yang amat sangat. Oleh kerana beliau tidak boleh membuang air secara normal maka doktor terpaksa menjalani pembedahan kecil disaluran kencing nya kerana mengikut doktor bahawa terdapat parut timbul di saluran kencing dan khuatir akan berlakunya jangkitan kuman jika beliau tidak dapat membuang air kecil.
Kawan I tu dimaklumkan oleh doktor bahawa faktor yang menyebabkan beliau sukar untuk membuang air kecil adalah disebabkan parut yang timbul disaluran kencing beliau. Doktor juga maklumkan bahawa kemungkinan ianya terjadi disebabkan luka dan timbulnya parut (keloid) semasa doktor memasukan tuib di saluran kencingnya semasa beliau menjalani pembedahan beberapa tahun dahulu semasa beliau ditikam.
Pembedahan dijalankan untuk mengikis parut parut tersebut....namum tidak semua dapat dikikis kerana terlalu banyak parut terdapat di saluran kencing beliau. Doktor khuatir sekiranya beliau terus mengikis parut yang ada, komplikasi yang lain akan timbul.
Untuk rawatan selanjutnya beliau di rujuk ke HUKM untuk rawatan selanjutnya. Tarikh pembedahan pun dah ditetapkan. Tetapi kawan I ni telah berhubung dengan Pengamal Homeopati untuk mendapat second opinion.
Setelah berhubung dengan Pengamal Homeopati tersebut kawan I ni buat lah apa yang disuruh, iaitu menghantar sampel darah kepada beliau...Adik kawan I ni perlu diambil darahnya untuk beberapa titis diletak diatas kapas atau tisu dan diposkan kepada beliau....
Mesti uolls pelik kan....tapi itu ler yang kawan I buat....diposnya darah adiknya kepada Pengamal Homeopati itu.....dan dalam masa kurang dari 7 hari je ubat di pos....Pengamal Homeopati itu telah maklumkan kepada kawan I bahawa rawatan ini makan masa agak lama itu itu dalam tempoh 3 atau 4 bulan paling cepat.... kerana masaalah adik kawan I ni melibatkan masaalah dalaman.
Alhamdulillah kawan I beritahu I, sekarang adiknya telah pulih 70% dimana beliau telah boleh membuang air kecil secara normal, lancar, tidak menitis, boleh dikawal dan tidak sakit dan paling penting pembedahan tidak perlu dijalankan.
I dapat tahu sekarang ni adik kawan I ni dah main bola sepak untuk jabatan nya...syukur...

Ni contoh ubat yang adik kawan I makan... nampak sama kan....sebenarnya berbeza....
dia kata ubat diberi setelah di analisa sample darah .....
Pengamal Homeopati ini bukan saja merawat masaalah sukar untuk buang air kecil jer....macam-macam penyakit boleh...
Amboi gaya I dah rupa pakar Homeopati lak.....Hu hu hu...kalau benda baik tak salah untuk dihebahkan,,,,betul tak....
Ini name card nya...kalau sesiapa yang minat nak cuba.....tepon ke...whatapp ke...
terpulang.....
Kucing Jalanan Mendapat Perhatian
entri I kali ni I nak story pasal Peminat Tegar kucing....semasa I berjalan-jalan dekat car booth sales di Bandar Enstek tetiba terpandang akan satu sudut yang amat menarik perhatian I....sebelum ni I belum pernah jumpa situasi ni dimana ada sukarelawan yang sanggup bersusah payah untuk mengambil inisiatif untuk membela nasib kucing-kucing jalanan, dirawat, dibela dan diberikan secara percuma kepada sesiapa yang berminat.

I kagum betul dengn sikap keperihatinan mereka
ini memang terbaik. Dalam masa yang sama mereka
ini mengharapkan sumbangan dari orang ramai yang
sudi untuk memberi sumbangan ikhlas untuk
penjagaan, makan dan minum kucing kucing tersebut...
terutamanya kepada mereka yang menjadi
peminat tegar kucing......ππππ
I perhati ramai jugak peminat kucing yang tampil untuk membantu. Syabas kepada mereka yang perhatin.
Sesiapa yang berminat membantu
boleh le hubungi no dibawah...kalau rasa ragu-ragu check dulu kesahihan nya.....betul tak...
ni ada kad yang yang I ambik masa hari tu....siapa yang minat......sila tampilkan diri anda......person yang nak dihubungi pun ada....

I kagum betul dengn sikap keperihatinan mereka
ini memang terbaik. Dalam masa yang sama mereka
ini mengharapkan sumbangan dari orang ramai yang
sudi untuk memberi sumbangan ikhlas untuk
penjagaan, makan dan minum kucing kucing tersebut...
terutamanya kepada mereka yang menjadi
peminat tegar kucing......ππππ
I perhati ramai jugak peminat kucing yang tampil untuk membantu. Syabas kepada mereka yang perhatin.
Sesiapa yang berminat membantu
boleh le hubungi no dibawah...kalau rasa ragu-ragu check dulu kesahihan nya.....betul tak...
ni ada kad yang yang I ambik masa hari tu....siapa yang minat......sila tampilkan diri anda......person yang nak dihubungi pun ada....
Friday, 23 February 2018
Greentown Dim Sum Cafe (Halal) - Best Dim Sum di Ipoh
Hi you all.....selamat bertemu... I nak story sikit...baru ni kawan I balik bercuti dari Australia so dia teringin sangat nak makan dim sum halal yang sedap. Fikir punya fikir baru I teringat satu Restoran ni bernama GREENTOWN DIM SUM CAFE (HALAL) I berani bawa kawan tu sebab I dah try 3, 4 kali dan rasanya tidak pernah mengecewakan. Kalau tak malu ler I...belagak macam pandai....tahu semua restoran dan gerai gerai yang sedap-sedap.
Next day nya kami pun jumpa, awal pagi dah sampai...seolah olah kami punch card kat restoran ni....tapi rupanya ada lagi yang awal....emmmmm
Tiba kat restoran tu sahabat I tu prefer duk kat bahagian dalam sebab diluar panas....so kami pun lepak kat dalam....pelayan pun bagi menu... she was so excited with the menu....itu baru tengok menu jer tu...dia order lah menu yang dia rasa sedap mengikut citarasa dia kerana di tempat dia tinggal memang sukar untuk mendapatkan Dim Sum yang Halal.
Bila sampai menu she seems really enjoying the food. I feel so relief l...bukan apa at least she is enjoying the food yang I rekemen..... bangga I you all....
Ini menu mushroom nya ....nama I lupa...it was so tasty jucy......terliur I ni....aduhhhhhh

Ni adalah antara gambar yang sempat I ambik gambar.....yang lain tu dah kena ngap....dah tak sempat nak posing dah...tak sabar .terus masuk perut...nanti bila i pergi lagi I up date...bukan sekadar gambar makanan gambar kedai, pelayan semua I ambik..... camner.....ok tak....Menu dia bukan ni saja...banyak lagi.....

Greentown Dim Sum Cafe (HALAL),
10, Persiaran Greentown 4,
Pusat Perdagangan Greentown,
30450 Perak, Malaysia.
Pusat Perdagangan Greentown,
30450 Perak, Malaysia.
Phone:+60 5-255 2010
Hours: 8:00 am – 9:00 pm.
Off day: Tuesday.
Off day: Tuesday.
Minuman ni mesti you kenal.....Chinese tea..biasanya kalau I pergi Chinese restoran I akan order Chinese tea...baru sesuai dengan menu dia....Jasmine Tea ni febret I
alamat dah I bagi....tepon pun ada sekali apa lagi jom try....
Thursday, 22 February 2018
Sate Kajang - Hentian Jejantas Sungai Buluh
Hi you all......kali ni I nak story bab makan....baru sesuai dengan badan I yang selim melim ni... Nak tanya you all R & R mana yang you all selalu suka lepak....kalau I, I suka kat Hentian Jejantas Sungai Buluh...destinasi I, biasanya ke Kuala Lumpur... so dalam perjalanan tu perkena satay ler dulu...satu jer yang tak tahan. Hentian tu selalu nya pack kekadang lama tunggu baru dapat parking.
Walaupun parking selalu penuh tapi hebatnya tidak ada orang yang parking kat ruangan khas yang disediakan untuk OKU. Mungkin sekarang ni dah ramai yang dah mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.... tidak lagi parking di ruangan yang disediakan khas untuk OKU. Taniah warga Malaysia yang dah begitu perihatin.

Bila I dapat jer parking apa lagi...terus menapak cari Sate Kajang Haji Samuri.....tak pernah nya tak Q mesti kena Q....tapi tak ler kena tunggu lama....kerana servisnya memang terbaik....
Kuah kacangnya memang terbaik I suka sangat, lagi pun menu sate ini memang fabret I
Untuk I sorang je I akan order 10 cucuk bila selesai 10 cucuk sate...iaitu 5 sate daging....5 sate ayam...baru ler nampak dunia....hu hu hu

Tambahan pulak perkena air kelapa asli...memang mercik...
Dah kenyang....baru lah I terus kan perjalanan I...baru leh cergas mata.....
I rasa tak payah nak rekemen lebih lebih sebab you all mesti dah maklum tentang kelazatan Sate Kajang Haji Samuri....
Dah cergas baru ler I teruskan pemanduan I .....
Vrommmmmmmmmmm......
Wednesday, 21 February 2018
Birthday Celebration di El Boney Quattro Formaggi
Hi you all......hari tu I gi sambut harijadi someone....best jugak sebab bila ianya di organize dengan proper majlis yang simple pun menjadi meriah......teramat meriah...tambahan pulak kami dibekalkan dengan segala macam kemudahan untuk majlis harijadi ini.
Ini lah tempatnya El Boney Quattro Formaggi....I tak tahu le...dia ada cawangan lain ke tak....yang I tahu kat sini jer, ni alamatnya...mmg tak menyesal you...I story you....jap..jap...ni alamatnya : No. 31 LG, Jalan Airport City 1, Kota Warisan, 43900 Sepang...you all nak hello hello pun boleh .......ni dia 019-6178035....apa susah tahu tempat...tanya Mr Google and Uncle Waze mesti dapat bantuan.....
Ni ler design dalam kedainya memang menarik decoration nya cheerful jer rupanya....very interesting ler....tapi for you all yang nak terjah tu...I rasa jangan ler....kot kot tak dapat seat...silap silap kena bersila kat luar....ah tak der lah....just kiding...takut ler masa tu you all datang time tu full house dan stomach you all zero pulak mau rasa nak di telan apa yang ada....
Ini rupa lamb nya....sori you all nama menunya I tak tahu I tak makan lamb... kalau makan pun I memang tak tahu pasal menu sangat yang I tahu ngap jer...tapi sapa yang datang masa majlis tu memang puji lah menu nya memang tip top... cuma semuanya berkipas....sebab too spicy...konon terer makan pedas.....baru tahu....tapi dalam pedas pedas tu...tinggal tulang jer dalam pinggin.... Cuba you all bayangkan kalau semua yang hadir tu makan sampai licin...mesti ler cam giniπππππ menu nya....betul tak....
Ini pulak menu ayam nya ayam febret I...ishh...jangan ditanya apa namanya nya....yang I tahu ngap jer.... pedas memang ler pedas...baru ada kick...tapi untuk bebudak tu jangan ler order yang pedas...kacau nanti....I memang recommended ler tempat ni berbaloi.... Kalau tak menepati citarasa you all.... jangan marah I tau...I cuma beritahu base on appetite.....selera kita berbeza kan...
Ni....ni....I bagi menunya....try ler tengok tengok menu nya....tengok-tengok ler...tapi jangan you minta asam laksa kat sini memang tak ada ler....semuanya Italian Crusine tau....
So kalau dah terliur tu...cepat pergi nanti kempunan......
Bawah ni alamat dia...
El Boney Quattro Formaggi
No. 31 LG, Jalan Airport City 1,
Kota Warisan, 43900 Sepang.
019-6178035
Remaja Memanjat Landmark IPOH
Jumpa lagi you all...semalam I balik dari Kuala Lumpur jalan lengang so I dapat lah rehatkan minda masa driving tu....bila sampai ke Ipoh....terpandang le pulak I belah kanan I landmark besar yang bertulis IPOH...you nak tahu apa.....teringatlah I kat budak budak yang berani memanjat landmark tu.
Kalau I memang dah gayat.....naik shopping mall yang dua tingkat pun dah mengeletar lutut.. ini kan nak memanjat....bukan nya rendah terletak diatas bukit lagi...keberanian mereka secara peribadi memang le I puji memang hebat, memang mantap dan berjiwa kental tetapi tindakan mereka ini sebaliknya akan membawa risiko dan membahaya kan nyawa mereka sendiri.
Bayangkan lah mereka memanjat landmark tu dengan ketinggian yang tinggi......langkah keselamatan belum tentu ada lagi....lepas tu buat video pulak....memang luar keberanian yang luar biasa....tapi perbuatan yang boleh merangut nyawa
Tuesday, 20 February 2018
Pengenalan Pijio Beno
Hi salam sejahtera semua..... I saja nak tanya kat you ni...you all tahu tak apa makna PIJIOBENO. Mesti ramai yang tak tahu kan....Untuk makluman you all semua, sebenarnya perkatakan Pijiobeno itu adalah bahasa negeri Perak. Asalnya dua berkataan iaitu Pijio yang bermaksud panas ....manakala beno itu bermakna terlampau sama ada cuaca panas atau pun hati panas.... you all nak mana satu...panas badan ke panas hati....jangan panas hati kita lek lu...
Tahun 2018 ni dah hampir dua bulan dah berlalu....cam ner....azam baru dah mula nampak hasil ker....atau....masih takuk lama....kalau masih takut lama, you all jangan risau bukan you all jer....I pun sama....cadang nak jadi selim....tapi....tak menjadi....mana lalu makanan depan mata....rugi kalau tak sapu....nanti tup tap tup tap air liur menitik....lalu ker.....tak sanggup I....biar ler badan tu kembang sikit....janii dapat makan...
Sapa yang tak mampu nak selim tu kan....bukan salah kita kan...depan yang jual makanan yang sedap-sedap....tak rasa rugikan... Nanti you all tengok ler gambar-gambar makanan yang I post nanti mesti you all tak mampu nak menahan nafsu makan tu....
I memang dah siang siang angkat tangan....ingat lagi ayah I pesan kita HIDUP NI BUKAN UNTUK MAKAN TAPI MAKAN UNTUK HIDUP.... entah lah....
You all camner pulak....cer komen sikit.......
Subscribe to:
Posts (Atom)
JOM EUROPE (DI DEPARTURE HALL KLIA)
DEPARTURE HALL - KLIA I nak story sikit…..you oulls percaya tak, I pergi Europe tour…kalau u olls tak percaya I tak marah pun sebab ...

-
Hi you all......hari tu I gi sambut harijadi someone....best jugak sebab bila ianya di organize dengan proper majlis yang simple pun menj...
-
Hi you all.....selamat bertemu... I nak story sikit...baru ni kawan I balik bercuti dari Australia so dia teringin sangat nak makan...
-
Masa kat Bandar Enstek I pergi ler lepak lepak dimana car booth sale dibuat....masa tu I pegi waktu malam ...nak cari long suit terpakai...